PASIR PUTEH: Seramai 258 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini berkumpul seawal pukul 7 pagi, hari ini bagi menunaikan tanggungjawab mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menariknya, Ketua Polis Daerah Superintendan Zaizul Rizal Zakaria menjadi individu terawal yang menunaikan tanggungjawab itu pada pukul 8 pagi.
Menurutnya, proses pembuangan undi melibatkan lima anggota bagi Dewan Undangan (DUN) Selising, 212 bagi DUN Limbongan, 27 anggota bagi DUN Semerak dan 14 anggota bagi DUN Gaal yang melibatkan proses penggundian berakhir pada pukul 5 petang.
“Kehadiran pegawai dan anggota adalah seratus peratus tanpa ada yang cuti sakit.
“Proses membuang undi berjalan lancar dengan pendekatan hadir awal bagi meneruskan tugasan wajib yang diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.-UTUSAN