SEREMBAN: Parti Amanah Negara (Amanah) wajar diberi satu jawatan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi melengkapkan semangat Kerajaan Perpaduan. Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman berkata, walaupun hanya mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), penyertaan Amanah dalam barisan Exco dilihat penting. “Amanah patut diberikan satu jawatan Exco tersebut kerana ia melengkapkan semua parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini dan semuanya…










