Zaki Yamani mohon maaf kepada Abdul Hadi

Zaki Yamani mohon maaf kepada Abdul Hadi

SEORANG pengguna media sosial yang dikenali Zaki Yamani tampil meminta maaf kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Twitter hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengguna media sosial yang dikenali Zaki Yamani tampil meminta maaf kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap ketelanjuran mengeluarkan ciapan biadap mengenai kesihatan Presiden Pas itu.

Menurut individu itu, beliau berbuat demikian setelah mengambil kira teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pandangan rakan-rakannya.

“Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Abdul Hadi yang kini sedang dirawat di hospital.

Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar mengarahkan Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu.

Zaki Yamani terdahulu menulis satu ciapan biadab terhadap kesihatan Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baru-baru ini, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan sedang dirawat di hospital.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebooknya.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN