Yang di-Pertuan Agong rasmi Kejohanan Karate Asia Ke-19

Yang di-Pertuan Agong rasmi Kejohanan Karate Asia Ke-19

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Karate Para Asia Kedua di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Karate Para Asia Kedua di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Seri Paduka tiba pada pukul 4.28 petang sambil diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim.

Hadir sama Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Presiden Persekutuan Karate Sedunia (WKF), Antonio Espinos; Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF), Mejar Jeneral Nasser Alrazooqi dan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad.

Al-Sultan Abdullah ketika merasmikan kejohanan tersebut bertitah, mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur.

“Saya kagum dengan persiapan, tahniah dan syabas kepada penganjur Persatuan Karate Malaysia, saya berdoa supaya ahli karate Malaysia akan berjaya dan saya harap orang Melaka akan terus bagi sokongan kepada atlet karate Malaysia,” titah Seri Paduka.

Sebagai simbolik perasmian, Al-Sultan Abdullah memukul gendang sebanyak enam kali tanda perasmian.

Sejurus selepas itu, Seri Paduka turut berkenan menyaksikan perlawanan akhir Acara Kata Wanita.

Seramai 388 atlet dari 32 negara termasuk penyandang juara keseluruhan di Uzbekistan tahun lalu iaitu Jepun bersaing pada Kejohanan Karate Asia Ke-19 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Kejohanan Para Karate Asia Edisi Kedua juga berlangsung serentak sempena Kejohanan Karate Asia Ke-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya