UMNO tidak pernah bincang isu letak wakil UMNO sebagai

UMNO tidak pernah bincang isu letak wakil UMNO sebagai Timbalan Menteri Besar

AHMAD Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil 2 Tahun 2023 di Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO tidak pernah membincangkan soal mahu meletakkan wakil sebagai Timbalan Menteri Besar atau Timbalan Ketua Menteri sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor dan Pulau Pinang nanti.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan sebaliknya perlu menunggu apa-apa keputusan selepas PRN, 12 Ogos nanti.

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini ialah keyakinan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk sekurang-kurangnya memenangi semula tiga negeri sedia ada di bawah Kerajaan Perpaduan (Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan).

“Jangan pernah terfikir untuk lebih daripada memenangi kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti.

“Bagi tiga negeri yang bukan di bawah Kerajaan Perpaduan pula, kita mesti berusaha lebih kuat dan penuh kebijaksanaan politik untuk meraih dokongan pengundi di negeri berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, timbul desas desus untuk mewujudkan jawatan timbalan menteri besar sekiranya gabungan PH-BN menang pada 12 Ogos nanti.

Ia susulan penyertaan BN bersama PH dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan yang cuba diterapkan di peringkat negeri selepas PRN nanti.

Malah, terdapat ura-ura jawatan tersebut akan diberikan kepada BN sebagai tanda persepakatan antara kedua-dua blok parti itu yang memutuskan tidak bertembung sesama sendiri pada PRN.

Isnin lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari juga memaklumkan masih terlalu awal untuk Kerajaan Perpaduan membincangkan jawatan Timbalan Menteri Besar di negeri itu.

Jelasnya lagi, gabungan seharusnya menumpukan kepada kemenangan PH-BN terlebih dahulu sebelum membincangkan isu jawatan Timbalan Menteri Besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN