Tunku Mahkota Johor adakan lawatan tiga hari ke Singapura - Utusan Malaysia

Tunku Mahkota Johor adakan lawatan tiga hari ke Singapura

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail  Sultan Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Singapura bermula hari ini atas undangan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan. 

Dalam lawatan tiga hari itu, baginda ditemani isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam serta para pegawai istana dan pemimpin negeri Johor.

Pasangan Diraja itu diraikan dalam majlis jamuan teh oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.

Tunku Ismail dan isteri turut diraikan dalam jamuan makan malam oleh Dr. Vivian Balakrishnan dan isterinya, demikian menurut kenyataan Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Tunku Ismail juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong.

Baginda dijadualkan akan melawat Kem Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan  Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian.

Sempena lawatan tersebut, Tunku Ismail turut akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Johor dan Persatuan Bola Sepak Singapura yang melibatkan kerjasama dalam pembangunan bola sepak termasuk mewujudkan  kejohanan tahunan antara pasukan Pilihan Johor dan Pilihan Singapura mulai tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya