Tunku Ismail-Lawrence Wong bincang tubuh SEZ Johor-Singapura - Utusan Malaysia

Tunku Ismail-Lawrence Wong bincang tubuh SEZ Johor-Singapura

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM mengadakan pertemuan dengan Lawrence Wong di Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail  Sultan Ibrahim meneruskan agenda lawatan rasmi pada hari kedua ke Singapura dengan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong yang juga Menteri Kewangan republik itu, hari ini.

Perbincangan ditumpukan terhadap cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura serta pelbagai usaha menambah baik hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak.

Singapura adalah rakan kongsi ekonomi strategik bagi Johor dan mempunyai potensi besar untuk diperluaskan dan diperkasakan pada masa depan.

Yang turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Salehuddin Hassan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (BPEN), Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Datuk Ashari Kasnan, demikian menurut satu kenyataan Istana Bukit Pelangi, hari ini.

Tunku Ismail yang ditemani isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara jiran berkenaan bermula semalam atas undang Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya