Tiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun-KWSP

Tiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun-KWSP

KWSP melaksanakan beberapa penambahbaikan strategik produk dan polisi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa tiada pindaan dirancang untuk pengeluaran penuh bagi umur 55 dan 60 untuk ahli-ahli semasa. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela. 

Jelas kenyataan itu, cadangan pengeluaran mandatori bulanan akan hanya melibatkan ahli-ahli baharu dan buat sementara ini bagi mereka yang lahir pada atau selepas 2010 serta berdaftar dengan KWSP selepas tarikh pelaksanaan kaedah baru ini. 

Bayaran pertama di bawah kaedah mandatori ini akan dibuat selepas persaraan ahli-ahli ini, yang dijangkakan hanya berlaku beberapa dekad dari sekarang. 

“Cadangan ini masih diteliti dan KWSP memberi jaminan bahawa sebarang keputusan berhubung pengeluaran simpanan akan dibuat dengan pertimbangan yang teliti dan selari dengan komitmen KWSP demi kepentingan masa depan ahli. 

“Mekanisme pengeluaran mandatori bulanan akan menyelaraskan Malaysia dengan amalan di kebanyakan negara lain kerana negara kita adalah antara minoriti kecil yang masih membenarkan pengeluaran sekali gus dan bukan berkala,” jelas kenyataan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN