Sistem pendidikan negara berteras perkauman, vernakular perlu

Sistem pendidikan negara berteras kouta perkauman perlu diubah -Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa perubahan dibuat dalam sistem pendidikan negara iaitu daripada berteraskan kouta perkauman kepada pendekatan keperluan.

Menjelaskan perkara itu, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perubahan itu adalah perlu supaya setiap pelajar cemerlang mendapat tempat di universiti.

Memberi contoh akan perkara itu, katanya lagi, terdapat pelajar cemerlang yang mendapat semua A dalam mata pelajaran gagal mendapat tempat dalam program matrikulasi, tetapi menerima tawaran daripada universiti terkemuka seperti Harvard di Amerika Syarikat dan Oxford di United Kingdom.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, Muda mencadangkan transisi daripada sistem berdasarkan kaum kepada sistem berdasarkan keperluan dengan sistem hibrid berdasarkan merit,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq turut berkata, sistem pendidikan negara ini rosak, sekali gus ia perlu ditambah baik.

“Sekiranya kita terus mendiamkannya dan tiada iltizam politik untuk mengubah, membina dan menambah baik, masalah ini akan berterusan.

“Akhirnya, Malaysia akan kehilangan sumber manusia yang pandai, cerdik dan sedia menabur bakti kepada negara. Kesannya negara secara keseluruhan akan rugi bukannya sesuatu bangsa atau agama,” katanya yang menambah ketika ini lebih 1.7 juta rakyat Malaysia bekerja di luar negara.

Terdahulu, Anwar dalam satu acara di Universiti Utara Malaysia pada Sabtu lalu dilapor berkata, kuota bumiputera ke universiti awam perlu dikekalkan bagi menjamin keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun, kata Perdana Menteri itu lagi, perlu dilaksanakan suatu pendekatan baharu bagi menjamin pelajar bukan bumiputera yang cemerlang supaya berpeluang ke universiti bagi mengelak kehilangan bakat.

Selain itu juga, Syed Saddiq turut berkata, kerajaan juga perlu mencari jalan untuk menangani isu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak berminat untuk menyambung pelajaran.

Menurutnya, kajian Kementerian Pendidikan sendiri menunjukkan lebih 50 peratus lepasan SPM tidak ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya