Rumah dan kenderaan milik penjawat awam ditembak

Rumah dan kenderaan milik penjawat awam ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah rumah dan kenderaan milik seorang penjawat awam yang terletak di Kampung Guntong, Kok Lanad di sini dipercayai terkena beberapa das tembakan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.59 malam.

Menurutnya, siasatan awal ditempat kejadian telah menjumpai beberapa kesan tembakan pada rumah tersebut.

“Selain itu, kesan tembakan itu dapat dilihat pada kenderaan milik penjawat awam tersebut.

“Kita turut mendapati rumah tersebut dihuni oleh mangsa dan ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, susulan itu pihaknya sudah menjalankan operasi dalam usaha mengesan dan menangkap suspek terlibat.

Katanya, kes disiasat di mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Asisten Superintendan Mohd. Ridhuan Ismail di talian 019-2454224,  09-7752200 atau balai berhampiran,” ujarnya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN