KANGAR: Melalui jalan Datuk Wan Ahmad di Pengkalan Asam di sini, pasti mata tertumpu dengan sebuah rumah tradisional di tepi jalan yang masih tersergam indah meskipun sudah berusia 100 tahun. Keunikan seni binanya juga sentiasa menjadi perhatian termasuk pernah menjadi lokasi penggambaran iklan ikonik raya Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2019 dan video muzik penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna. Rumah tersebut yang wujud sejak 1925 dengan dibina daripada…







