ALOR SETAR: Kerajaan memerlukan RM3 bilion bagi meningkatkan infrastruktur tanaman padi di negara ini termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi menambah pendapatan pesawah dan keterjaminan makanan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai program direncanakan antaranya Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) dan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun yang sudah dilaksanakan projek rintisnya sebelum ini. Menurut beliau, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama…










