Ramai masih mahu saya di DUN Rantau - Tok Mat - Utusan Malaysia

Ramai masih mahu saya di DUN Rantau – Tok Mat

MOHAMAD Hasan ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Belia Parlimen Rembau hari ini.UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak menolak kemungkinan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Jelas Mohamad, beliau akan membuat keputusan sewajarnya sebelum 29 Julai ini memandangkan beberapa calon yang ingin diketengahkan menolak untuk menjadi calon di kerusi berkenaan.

“DUN Rantau siapa? saya lah di DUN Rantau, saya pun mungkin bertanding kerana ramai yang mahukan saya bertanding di DUN Rantau. Ramai yang mahu saya mewakili mereka dan saya akan buat keputusan yang sewajarnya sebelum 29 haribulan (Julai).

“Setakat hari ini tiada siapa yang mahu (bertanding), saya mahu tonjolkan beberapa muka (calon) tetapi mereka sendiri yang menolak, susah juga untuk saya buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Belia Parlimen Rembau di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN bagaimanapun meminta semua pihak untuk menunggu tibanya hari penamaan calon nanti.

“Setakat hari ini calon-calon yang kita cuba tonjolkan semuanya menolak dan kebanyakkan rakyat atau pengundi di DUN Rantau, mahu saya mewakili mereka. Mereka ini semua manja dengan saya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mohammad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat mula menyandang kerusi DUN Rantau sejak tahun 2004 iaitu sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, kemenangan Tok Mat di DUN Rantau dibatalkan oleh pihak mahkamah pada 16 November 2018 beliau memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau yang diadakan pada April 2019.

Beliau merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dengan menyandang jawatan tersebut selama lebih 14 tahun, iaitu bermula dari 25 Mac 2004 sehinggalah 9 Mei 2018.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN