PETALING JAYA: Pertemuan antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tindakan terdesak yang dilakukan untuk menyelamatkan hayat politik parti masing-masing. Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pertemuan dua pemimpin itu janggal susulan peristiwa Langkah Sheraton pada tahun 2020 yang menyebabkan kerajaan Dr. Mahathir tumbang dikhianati Muhyiddin. “Ini bukan pertemuan berkait…










