Rafizi jawab dakwaan sudah hilang 'taring' - Utusan Malaysia

Rafizi jawab dakwaan sudah hilang ‘taring’

RAFIZI Ramli ketika menyampaikan ceramah dalam program Ceramah Jelajah Madani DUN Sikamat di Taman Sri Penaga, Sikamat, Seremban malam tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu, tumpuan yang lebih diberikan dalam tugas mengurus keadaan ekonomi negara ketika ini menyebabkan pemimpin negara termasuk dirinya dilihat banyak pihak sebagai tidak lagi lantang berbanding ketika sebagai pembangkang.

Jelas Menteri Ekonomi itu, di peringkat awal ketika ini kerajaan sememangnya menumpukan tugas bagi memperbaiki ekonomi negara serta menguruskan masalah-masalah lain yang dihadapi.

“Apabila jadi kerajaan tugasnya berlainan, tugas sebagai kerajaan adalah kita mentadbir dan kena selesai masalah, memang kami warisi masalah yang banyak, masalah itu saya tidak perlu ulang banyak pun rakyat tahu, masalah di peringkat kerajaan, masalah yang melanda rakyat, masalah di peringkat antarabangsa, semua ini perlu diuruskan.

“Kalau jadi kerajaan baik di negeri dan Persekutuan, kita kena selesai masalah, banyak cara kita untuk selesaikan masalah tetapi masalah itu tidak diselesaikan kalau kita ulang kesilapan-kesilapan yang dahulu. Memang tugas kerajaan untuk tengok masalah dan cari jalan dan cari cara baharu untuk selesaikan masalah, itu tugas kerajaan.

“Ada orang tanya saya, kenapa bila jadi kerajaan, kami jadi lagi diam, tidak lagi bising, masa jadi pembangkang tugas kami untuk mengutarakan alternatif untuk menguruskan kerajaan dengan baik. Apabila jadi kerajaan kita perlu melaksanakan perancangan dan dasar kita itu dan itu yang kami sedang buat sekarang, itu yang sedang berlaku sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap sewaktu program Ceramah Jelajah Madani DUN Sikamat di Taman Sri Penaga, Sikamat di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Rafizi dalam program ceramah itu turut memberi respon kepada kenyataan bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kementerian diterajui oleh dirinya itu ketika ini tiada taring.

“Beliau kata sejak saya jadi menteri, kami jadi kerajaan, (sudah) hilang taring, saya mahu beritahu, soal diam dan nampak tidak bising bila jadi kerajaan, tugas kita banyak dan saya memang sebut bahawa pada masa awal ini, kita kena tumpu kepada usaha memperbaiki ekonomi negara, saya tidak mahu layan sangat soal politik ini. 

“Tetapi kalau saya jadi Azmin, sebelum tuduh orang lain hilang taring, paling kurang saya cermin diri. Saya mahu beritahu, saya hilang taring pun, paling kurang saya menang pilihan raya, menang majoriti besar, yang kalah pilihan raya walaupun taring banyak ialah Azmin Ali,” katanya lagi.

Mohamed Azmin seperti yang dilaporkan sebuah portal berita semalam berkata, Kementerian Ekonomi di bawah Rafizi tidak mempunyai kuasa dan portfolio yang besar sekali gus menjadikannya seakan tanpa taring.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya