PSAP yakin kerajaan Pahang tidak tunduk desakan isu Musang King - Utusan Malaysia

PSAP yakin kerajaan Pahang tidak tunduk desakan isu Musang King

HASLIHELMY DM ZULHASLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) yakin kerajaan negeri tidak akan tunduk sebarang desakan mahu pun tuntutan mana-mana pihak termasuk rakan dalam kerajaan Perpaduan berhubung isu pekebun durian Musang King di Raub.

Ia termasuk dari Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui yang didakwa cuba menjadi juara dan pembela pekebun haram durian Musang King yang sudah terbukti menceroboh tanah milik kerajaan negeri.

Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, pihak luar termasuk Ketua Penerangan Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Hamdan Mohd. Sharif dinasihatkan tidak masuk campur atau menjadi hero urusan kerajaan Pahang berhubung isu durian Musang King di Raub.

“PSAP berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kerajaan negeri Pahang yang berani mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penceroboh tanah ini.

“Kami yakin kerajaan negeri Pahang akan bertindak tegas dan tidak beri muka kepada penceroboh termasuk memberi tanah kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Haslihelmy berkata, pekebun durian Musang King di Raub tiada hak atau locus standi untuk menentang usaha kerajaan negeri Pahang kerana mereka secara terang menceroboh tanah kerajaan negeri.

Katanya, tanah itu merupakan hak kerajaan negeri dan menjadi tanggungjawab kerajaan Pahang untuk mengambil tindakan.

“Ia juga menjadi hak kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu pencerobohan tanah haram Musang King di Raub.

“Janganlah cuba jadi hero di atas segala usaha yang telah digerakkan oleh kerajaan negeri. Biarlah mahkamah menentukannya,” katanya.

Beliau berkata, semoga isu ini menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menceroboh tanah kerajaan secara haram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya