Projek LTSIP alami kelewatan 143 hari

Projek LTSIP alami kelewatan 143 hari

NIK Nazmi Nik Ahmad (dua dari kiri) membuat tinjauan ke tapak Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Kampung Joh, Machang, Kelantan hari ini.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Projek pembesaran dan kerja-kerja naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini, mengalami kelewatan 143 hari atau 25.79 peratus berbanding jadual asal.

Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setakat ini kemajuan projek itu sudah mencapai 30.58 peratus walaupun mengalami sedikit kelewatan berkaitan keperluan utiliti dan bahan binaan.

Menurutnya, bagaimanapun pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang berusaha melaksanakan pelan pemulihan untuk projek berkenaan.

“Kita sedang memberi tumpuan khusus dan memantau rapat projek pembesaran dan naiktaraf LTSIP kerana mengalami sedikit kelewatan berbanding jadual asal.

“Jadi, berdasarkan jadual semasa, projek ini dijangka siap pada September 2024 tanpa sebarang pertambahan kos,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah di Kampung Joh, di sini hari ini.

Terdahulu, Nik Nazmi berkesempatan melaksanakan lawatan pemantauan bagi projek pembesaran dan naik taraf LTSIP,Pengkalan Chepa.

Media sebelum ini melaporkan, projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP adalah bagi menambahbaik fasiliti serta meningkatkan kapasiti terminal lapangan terbang daripada 1.5 juta penumpang kepada empat mppa (million passengers perannum) dengan kos melebihi RM440 juta.

Walaupun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa atau hub penerbangan serantau, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan ia masih boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti lapangan terbang domestik lain.

Katanya sebarang cadangan untuk menyedia dan menambah kekerapan jadual penerbangan bagi mana-mana laluan ke LTSIP, merupakan perancangan yang ditentukan sendiri oleh syarikat-syarikat penerbangan berdasarkan ‘commercial viability’ sesuatu laluan selain tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya