PRN: PH dapat kawal isu tidak puas hati pemilihan calon - Utusan Malaysia

PRN: PH dapat kawal isu tidak puas hati pemilihan calon

ANWAR Ibrahim pada majlis penyerahan watikah pencalonan kepada calon-calon Keadilan bagi PRN Negeri Sembilan di Port Dickson malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, parti itu masih dapat mengawal keadaan disebalik isu rasa tidak puas hati sesetengah pihak berkaitan pemilihan calon bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Presiden PKR itu menjelaskan, dalam setiap pilihan raya sememangnya akan timbul rasa tidak puas hati itu namun ia perlu diselesaikan sebaik mungkin.

“Dalam pilihan raya, tidak ada semua yang puas hati  jadi kita dengar, kita hormat, kita cuba terangkan, tetapi tentunya tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

“Saya fikir saya sudah buat sebaiknya tetapi masih (terima) maki hamun hari-hari juga, sabar sahajalah.

“Setakat ini keadaan terkawal insya-Allah sebab mereka dibantu dahulu, mereka tak boleh lupa itu, kalau tidak dengan sokongan dulu, dia tidak naik seperti itu, sepatutnya sekarang giliran yang lain dan kita juga bila masanya perlu ada barisan pelapis, tidak boleh kekal seorang itu sahaja selamanya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pencalonan kepada calon-calon Keadilan Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Pada PRN nanti, PKR akan bertanding sebanyak enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan atas tiket PH.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Sikamat, Ampangan, Pilah, Labu, Chuah dan Sri Tanjung.

Sementara itu, Anwar berkata, gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto PRN mengikut negeri masing-masing.

“Saya ingatkan, jangan berlebih sangat, beri yang mampu dilaksanakan dan terangkan, masing-masing negeri ada wewenangnya untuk menetapkan keutamaan,” katanya.

Hari pengundian PRN di enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu akan dijalankan pada 12 Ogos depan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya