PRN: PDRM hantar 9,600 pegawai dan anggota ke enam negeri

PRN: PDRM hantar 9,600 pegawai dan anggota ke enam negeri

RAZARUDIN Husain (kiri) meninjau persiapan Polis Kelantan menghadapi PRN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakan seramai 9,600 pegawai dan anggota untuk bertugas sepanjang tempoh pilihan raya negeri (PRN) ke enam buah negeri tidak lama lagi.

Ketua Polis negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata penambahan anggota yang dibawah kendalian kesemua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JDNKA) itu bertujuan melancarkan proses pengundian.

Menurutnya, kesemua anggota yang dihantar itu berdasarkan kepada permohonan dibuat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di negeri terlibat dengan PRN.

“Setiap negeri meminta bantuan anggota seperti Terengganu mohon lebih 2,000, Selangor dan Kelantan hampir 2,000, Pulau Pinang mohon 663 anggota dengan jumlah keseluruhan sebanyak 9,600 anggota.

“Kekuatan kita mencukupi untuk pastikan proses penamaan calon, berkempen dan hari mengundi berjalan lancar di semua enam negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Dalam perkembangan lain, Razarudin memberitahu  kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini berada dalam keadaan baik sepanjang PRN.

“Operansi kita di sempadan berjalan seperti biasa dan sebab itu untuk Kelantan kita tambah keanggotaan berbanding jumlah yang diminta.

“Pada masa sama, orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana PDRM akan memastikan tiada kekacauan berlaku sepanjang tempoh PRN,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN