PRN: Muda umum calon, kerusi ditandingi di N. Sembilan dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

PRN: Muda umum calon, kerusi ditandingi di N. Sembilan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan akan mengumumkan senarai calon dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi parti itu dalam masa terdekat.

Pengerusi Muda Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar berkata, hari ini pihaknya telah mencapai ketetapan dan kata sepakat bersama Jawatankuasa Pemilihan Calon Muda bagi pemilihan calon dan kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Calon-calon ini telah menjalani proses temuduga dan saringan yang ketat yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Calon Muda.

“Senarai calon dan kerusi yang bakal ditandingi oleh Muda Negeri Sembilan akan diumumkan dalam masa terdekat.  Dengan ini Muda Negeri Sembilan menyatakan kesediaan dan komitmen untuk bertanding dalam PRN Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN