Polis rampas 30,000 biji pil yaba

Polis rampas 30,000 biji pil yaba

PIL yaba yang dirampas polis dalam serbuan di Kampung Padang Licin, Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Polis merampas 30,000 biji pil yaba selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di Kampung Padang Licin, Gual Periok di sini semalam.

Serbuan pukul 8.15 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sebaik sahaja menerima maklumat berkait dadah.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan dilakukan sepasukan anggota bertugas telah melibat sebuah kereta jenis Perodua MyVi yang berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kedai makan.

Menurutnya, menyedari kehadiran polis kedua-dua suspek telah bertindak melarikan namun ketangkasan anggota bertugas berjaya menahan individu tersebut selepas berlaku pergelutan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kereta tersebut telah menjumpai bungkusan plastik berwarna hitam dan mendapati terdapat 30,000 biji pil yaba.

“Nilai rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM30,000. Salah seorang suspek yang ditangkap itu merupakan lelaki warganegara Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Muhamad Zaki berkata, saringan awal yang dijalankan mendapati warga Thailand itu positif jenis methapethamine.

Katanya, semakan ke atas lelaki tempatan mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

“Polis turut menyita sebuah motosikal jenis Honda Wave bernombor pendaftaran Thailand. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya