PN yakin jika menang PRN Pusat tergugat - Utusan Malaysia

PN yakin jika menang PRN Pusat tergugat

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) masih mempertaruhkan keyakinan untuk menggugat Kerajaan Persekutuan dengan memastikan kemenangan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) terutama di Selangor.

Ini kerana kemenangan tersebut dipercayai boleh memberi refleksi terhadap sokongan kepada Kerajaan Perpaduan walaupun di dalam Dewan Rakyat.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, biarpun PRN tiada kaitan dengan parlimen, namun kemenangan tersebut boleh mempengaruhi anggota Dewan Rakyat daripada parti-parti minoriti dalam kerajaan.

“Jika sampai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PH-BN) hilang keenam-enam negeri pada PRN, secara langsung atau tidak akan menyebabkan sokongan terhadap kerajaan goyah terutama daripada ahli parlimen dari Sabak dan Sarawak.

“Kalau tidak yakin, mereka boleh menarik sokongan terhadap kerajaan dan hal tersebut tidak melanggar Akta Lompat Parti yang dikuatkuasakan terutama kepada Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, keputusan PRN dilihat tidak mampu mempengaruhi kedudukan Kerajaan Persekutuan meskipun kesemua 30 ahli parlimen pelbagai parti dari Sabah dan Sarawak menarik sokongan.

BORNEO

Malah, jika Ahli Parlimen Muar daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan dua lagi wakil Bebas dari dari kedua-dua negeri Borneo itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mempunyai sokongan majoriti mudah dengan 115 kerusi.

Sementara komponen lain dalam blok kerajaan seperti 30 ahli parlimen BN pula terikat dengan Akta Lompat Parti 2022.

Perkara tersebut dijelaskan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang menyeru rakyat tidak terikut dengan bayang-bayang yang cuba dibawa PN sepanjang kempen sehingga 11 Ogos ini.

“Peluru mereka tersasar dengan kepercayaan jika dapat kalahkan parti PH-BN di peringkat negeri akan menjatuhkan Pusat. Pilihan raya ini adalah memilih wakil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, bukan parlimen.

“Jadi, rakyat jangan termakan dengan fitnah dan hasutan, semak dahulu semua maklumat. Kita kena pilih untuk kekalkan kestabilan dan dalam masa sama banyak faedah dan manfaat jika kerajaan negeri sehaluan dengan Persekutuan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN