Pertembungan rakan sekampung di DUN Juasseh - Utusan Malaysia

Pertembungan rakan sekampung di DUN Juasseh

EDDIN Syazlee Shith (kanan) dan Bibi Sharliza (dua dari kiri) ketika diumumkan sebagai calon bertanding di kerusi DUN Juasseh hari ini.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh boleh dianggap antara kerusi yang akan berlaku saingan sengit di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 ini.

Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu apabila ia menemukan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Eddin Syazlee yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah memberitahu, seronok dapat bertanding bersama Bibi Sharliza yang disifatkan beliau sebagai ‘rakan sekampung’.

“Saya mengenali calon BN yang merupakan rakan satu kampung dan selalu berjumpa di kenduri-kendara. Kami bersahabat tetapi apa boleh buat masing masing ada tanggungjawab pada parti masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon DUN Juasseh di Dewan Hadhari di sini hari ini.

Bibi Sharliza pula yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan memberitahu, walaupun rakan sekampung tentulah kempennya berlainan kerana berlainan parti. 

“Saya BN, dia PN. Sekampung ini bagus jadi dapat melahirkan pemimpin yang akan membawa kepada kejayaan DUN Juasseh.

 “Eddin Syazlee ini pangkat adik kepada saya. Saya lebih tua daripada beliau, kami saling mengenali, kakak dia sama sekolah dengan saya, keluarga beliau duduk berhampiran dengan rumah saya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, DUN Juasseh dimenangi oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim yang kali ini bertanding di kerusi DUN Senaling.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya