Perantau Kelantan kembali kembali ke ibu kota cari rezeki

Perantau Kelantan kembali kembali ke ibu kota cari rezeki

JUMLAH kenderaan semakin bertambah menyaksikan jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang, Kelangtan mengalami kesesakan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Anak Kelantan di perantauan kembali semula ke ibu kota untuk mencari rezeki selepas menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia di laluan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis hari ini mendapati jumlah kenderaan menghala ke ibu kota semakin bertambah.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Imran Ariffin, 35, berkata, pergerakan serentak menyebabkan aliran trafik menuju ke pusat bandar menjadi perlahan sejak pagi tadi.

“Saya bertolak dari Kota Bharu pada pukul 9 pagi tadi dan tiba di bandar ini pada pukul 2 petang.

“Saya sempat berhenti rehat di Hentian Rehat dan rawat Rantau Manis di sini dan kawasan itu dipenuhi dengan kenderaan perantau,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Hakim Mohd. Nasir, 40, memberitahu, jumlah kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar dari negeri ini dan menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan terutamanya di laluan Kuala Krai dan Gua Musang.

Katanya, mereka sekeluarga merancang perjalanan pulang hari ini kerana esok mereka sudah bekerja.

“Kami bertolak pada waktu pagi kerana bilangan kenderaan dijangka semakin bertambah keluar dari negeri ini kerana cuti hari raya sudah habis.

“Kami berharap pengguna jalan raya berhati-hati dan selamat tiba ke destinasi yang dituju,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN