Pemilik syarikat, pengarah projek ditahan kemuka tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat, pengarah projek ditahan kemuka tuntutan palsu

Azmi Alias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini menahan seorang pemilik sebuah syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu hampir RM90,000 kepada sebuah agensi kerajaan, tiga tahun lalu.

Turut ditahan seorang pengarah projek berkaitan syarikat berkenaan bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 50 dan 25 itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kir pukul 8 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek yang merupakan ayah dan anak itu telah mengemukakan tuntutan palsu kepada agensi tersebut berkaitan tuntutan program subsidi upah melibatkan dana kerajaan pada 2020.

Mereka telah melampirkan senarai nama pekerja yang layak sedangkan hasil tuntutan tersebut tidak dibayar kepada pekerja syarikat berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklum kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya