Pembangkang Sarawak jalin kerjasama sokong GPS -Abdul Karim

Pembangkang Sarawak jalin kerjasama sokong GPS -Abdul Karim

ABDUL Karim (dua dari kiri) ketika ditemui media pada Majlis Tayangan Premier Filem Iban di Kuching, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi jaminan apa sahaja usaha untuk menyatupadukan Sarawak akan membawa kebaikan untuk negeri sendiri. 

Bagaimanapun, Abdul Karim menegaskan, segala pendirian kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB), adalah terpulang kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

“Bagi saya, apa yang penting ialah apa-apa yang datang untuk menyatupadukan Sarawak adalah baik untuk Sarawak. Lagipun, mereka yang dalam PSB tu adalah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, pernah jadi menteri penuh, pernah bersama-sama kita dalam program dengan rakyat dan sebagainya, kita tidak lihat ia sebagai masalah bagi saya. 

“Tapi, kita kena tunggu. Ia terpulang kepada majlis tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) untuk membuat kenyataan rasmi mengenai pendirian kita di GPS,” katanya kepada pemberita.

Semalam, PSB yang merupakan parti pembangkang Sarawak mengumumkan sokongan terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Sementara itu, Presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, pilihan mereka untuk menyokong kepemimpinan semasa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak adalah bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara.

Pada masa yang sama, Abdul Karim tidak menafikan khabar angin bahawa perbincangan gabungan itu sudah lama dijalankan. 

“Khabar angin ini sudah lama kita dengar. Setakat ini, saya tidak melihat PSB menjatuhkan kita. Mereka hanya seimbang. 

“Bagaimanapun, apabila keadaan tidak begitu baik, mereka turut mengecewakan kita,” tambahnya. 

Justeru, Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau tidak menafikan kemungkinan kerjasama itu akan membawa kepada penggabungan kedua-dua parti.

“Pada saya, kita perlu langkah demi langkah untuk bekerjasama demi kebaikan bersama untuk rakyat dan negara.

“Biar ahli parti kita memahami satu sama lain dengan baik dan kita mewujudkan lebih banyak platform untuk ahli kita bekerjasama,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya