Pelombong emas maut dihempap batu di Lipis - Utusan Malaysia

Pelombong emas maut dihempap batu di Lipis

MAYAT pelombong emas yang maut dihempap batu dibawa ke bahagian forensik untuk proses bedah siasat di Hospital Lipis di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut dihempap batu semasa melombong emas di Sungai Kadir, Kampung Sungai Temau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Suhaimi Sudin beralamat di Felcra Sungai Temau, Padang Tengku di sini pergi ke kawasan tersebut bersama dua lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, Ketua Balai Polis Merapoh menerima panggilan orang awam pada pukul 4.30 petang memaklumkan kejadian tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kawasan melombong ini merupakan anak Sungai Kadir terletak kira-kira tiga kilometer dari Felcra Sungai Temau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di sini hari ini.

Ujar Azli, dua lagi rakan mangsa tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya