PDRM siasat Presiden Pas berkaitan kenyataan 3R

PDRM siasat Presiden Pas berkaitan kenyataan 3R

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan dipercayai menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja.

Kenyataan itu dengan mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara barat. 

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk S.Suresh Kumar berkata, kenyataan tersebut dipercayai dilakukan melalui hantaran dalam Facebook Abdul Hadi dimuat naik pada 8 Julai lalu. 

“Artikel itu turut diulas serta diterbitkan oleh portal berita New Straits Times.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. 

 Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN