Op Jaguar: Seorang lagi ditahan, SPRM kesan Sheikh Biman

Op Jaguar: Seorang lagi ditahan, SPRM kesan Sheikh Biman Sheikh Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi individu disyaki terbabit menyogok penguat kuasa bagi menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling serta terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Penahanan itu menjadikan tangkapan keseluruhan setakat ini adalah seramai lapan orang. 

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya mengenal pasti pegawai penguat kuasa yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling.

“SPRM merakam keterangan individu-individu selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis-premis terlibat,” katanya hari ini. 

Dalam pada itu, SPRM turut mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan iaitu Sheikh Biman Sheikh Ahmad berusia 43 tahun. 

Jelasnya, lelaki itu mempunyai alamat terakhir di No 53, Jalan Sama Gagah 15, Taman Telok Gedong Indah,  42000 Pelabuhan Klang, Selangor.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Siti Norazirah Ramli di talian 03-88700249 atau 019-8557290 atau emel kepada [email protected],” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan SPRM menahan empat lelaki dan merampas hampir dua tan sisik haiwan itu yang bernilai kira-kira RM23.4 juta berkaitan kes sogokan dipercayai menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling serta terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Sumber dilaporkan berkata, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 50-an itu dipercayai ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pada pukul 8 malam, Jumaat lalu ketika hadir memberi keterangan.

Kata sumber, sindiket berkenaan ditumpaskan hasil serbuan dijalankan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM menerusi Op Jaguar di sebuah premis di Klang, Selangor dan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu. -UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN