Op Hormat Undang-undang Jalan Raya: Polis KL keluarkan 26,506

Op Hormat Undang-undang Jalan Raya: Polis KL keluarkan 26,506 saman 

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26,506 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang Ops Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur sejak 1 Julai lalu.

Kesalahan tertinggi membabitkan halangan lalu-lintas dengan jumlah 18,931 saman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesalahan tertinggi membabitkan meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki iaitu sebanyak 1,931 saman, tiada lesen memandu warga tempatan (1,280 saman) dan melanggar lampu isyarat merah sebanyak 478 saman.

Katanya, sebanyak 299 saman dikeluarkan terhadap kenderaan menggunakan nombor plat diubah suai, berhenti di petak kuning (216) dan kesalahan lain sebanyak 3,217 saman.

“Sepanjang operasi ini, kita sudah menahan 86 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik selain turut menyita 99 kenderaan membabitkan 96 motosikal, dua kereta dan sebuah lori.

“Seramai 800 pegawai dan anggota akan melaksanakan operasi ini 24 jam sehari sehingga 31 Julai ini,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada masyarakat berkaitan Op Hormat Undang-undang Jalan Raya.

Katanya, pihaknya sedang melihat mekanisme operasi bagi mencari kaedah terbaik untuk mengubah sikap pengguna jalan raya supaya lebih bertanggungjawab.

“Ada warga kota yang memberi cadangan untuk mengadakan operasi sama di lokasi lain yang banyak terdapat kesalahan lalu lintas.

“Kita tidak berkompromi dengan individu yang melakukan kesalahan lalu lintas,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya