Lelaki ditahan pecah masuk pejabat bekas majikan curi seluar

Lelaki ditahan pecah masuk pejabat bekas majikan curi seluar, wang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki selepas memecah masuk pejabat bekas majikan di Ukay Perdana di sini pada Ahad lalu untuk mencuri dua seluar jeans selain wang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.09 petang itu yang disedari peniaga berusia 36 tahun itu mendapati pejabatnya dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati jenayah itu dilakukan bekas pekerjanya.

Kata beliau, mangsa seterusnya memeriksa pejabatnya dan mendapati ada kesan umpil pada lubang kunci pintu belakang pejabat.

“Antara barangan yang hilang adalah wang tunai dan dua helai seluar jeans dengan anggaran kerugian adalah RM4,150.

“Susulan itu, suspek ditahan polis pukul 11.30 malam tadi di kawasan Ukay Perdana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, pemeriksaan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan mempunyai satu rekod jenayah lampau tidak dikehendaki.

“Turut dirampas satu beg dan beberapa pakaian dicuri serta diguna ketika kejadian.

“Suspek yang tidak bekerja disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN