Keputusan Pas tidak merayu bukti berlaku rasuah, beli undi

Keputusan Pas tidak merayu bukti berlaku rasuah, beli undi

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Pas yang tidak merayu pembatalan kemenangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengesahkan wujudnya rasuah dan pembelian undi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat mempertahankan beberapa kerusi kubu kuat masing-masing manakala Perikatan Nasional (PN) pula mengaitkan kemenangan ketika PRU15 atas beberapa sebab.

“(Semasa PRU lalu), bukan sahaja Permatang Pauh, kita juga tidak dapat mempertahankan Merbok dan Kepala Batas.

“Mereka memberi banyak teori (mengapa mereka menang), sebab A, B, dan C tetapi hari ini, kepimpinan Pas gagal mempertahankan kekalahan mereka di mahkamah.

“Keputusan mahkamah pilihan raya membatalkan kemenangan Pas di Kuala Terengganu hanya membuktikan rasuah dan pembelian undi memang berlaku. Inilah sebabnya mereka memenangi kerusi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah dalam Program Malaysia Madani di Bukit Selambau, Kedah baru-baru ini.

Sebelum ini, Pas dilaporkan bersedia mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu susulan pihaknya tidak akan merayu terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.

Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata, pihak pempetisyen iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunggu Perakuan Hakim Pilihan Raya untuk mewartakan kekosongan kerusi dan mengadakan pilihan raya.

Pada 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya