KUALA LUMPUR: Isu perpaduan akan sentiasa ‘hidup’ selagi ada parti-parti politik berasaskan kaum di negara ini. Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2023, Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob berkata, walaupun Malaysia mempunyai Rukun Negara, namun prinsip-prinsipnya yang sepatut menjadi kunci keharmonian rakyat berbilang kaum masih tidak dapat menyelesaikan masalah melibatkan perkara itu. Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM) berkata, isu perpaduan sudah terlalu lama diperkatakan bahkan pernah mencatatkan…










