PETALING JAYA: Isu tentang pelupusan hutang peneroka Felda kini menimbulkan kekeliruan kerana melibatkan percanggahan kenyataan antara dua pemimpin politik. Saling tuduh menuduh pemimpin kerajaan dan pembangkang telah mencetuskan polemik berhubung kedudukan agensi tanah persekutuan itu terutamanya hutang peneroka. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap sempena Hari Peneroka Felda 2023 di Serdang Jumaat lalu menjelaskan, beliau selaku Menteri Kewangan telah mengambil langkah menstruktur semula pinjaman Felda bagi membantu memperbaiki…










