Hina raja tidak selesai dengan mohon maaf - Azalina - Utusan Malaysia

Hina raja tidak selesai dengan mohon maaf – Azalina

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permohonan maaf Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak boleh diambil kira sebagai penyelesaian kerana ia melibatkan kesalahan undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, walaupun kebebasan bersuara merupakan hak perlembagaan setiap warga Malaysia di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan tetapi kebebasan tersebut tertakluk kepada Perkara 10(2) bagi memastikan ketenteraman dan keamanan.

“Sesiapa sahaja yang membangkitkan isu-isu yang mem­be­lah-bahagi, mengganggu ke­tenteraman awam dan tidak menghormati institusi raja-raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tidak akan terselesai atas alasan memohon maaf kerana permohonan kemaafan bukan satu pembe­laan dari segi undang-undang dalam perundangan jenayah.

“Biarlah polis diberi kebebasan untuk siasat sesiapa sahaja yang membangkitkan isu 3R yang melanggar mana undang-undang tanpa campur tangan pihak tertentu,” kata beliau da­lam kenyataan semalam.

Menurut beliau, Menteri Besar Kedah dalam ceramah politiknya didakwa mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor ber­kaitan pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

“Sebagai orang politik atau mana-mana orang yang dikurniakan kuasa, kita harus sedar bahawa pertuturan kita ada kuasa untuk mempe­ngaruhi orang ra­mai, terutama sekali da­­lam musim pilihan raya,” katanya.

Setakat ini, polis menerima 31 laporan di seluruh negara membabitkan kenyata­an Sanusi yang didakwa mempertikai kewibawaan institusi Kesulta­nan Selangor dalam pemilihan menteri besar negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×