Guru gigit, tarik bibir anak bukan 'gurauan'-ibu

Guru gigit, tarik bibir anak bukan ‘gurauan’-ibu

TANGKAP layar status yang dimuat naik oleh seorang ibu berkait dengan tindak seorang guru menggigit bibir anak lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang ibu kecewa apabila ada dalam kalangan guru mendakwa tindakan seorang guru lelaki menggigit dan menarik bibir anak lelakinya berusia enam tahun dalam kejadian di sebuah sekolah pada Khamis lalu dengan niat bergurau.

Eyma Zaideen berkata, tindakan itu bukan bersifat ‘gurauan’ sebaliknya membuli apabila anak ketiga daripada empat beradik itu menjadi takut.

“Semasa pertemuan itu berlangung saya ada beritahu pihak sekolah, jika anak buah salah cikgu boleh rotan sebab nak mendidik. Tetapi…melibatkan gigit bibir dan tarik mulut ini, saya tidak boleh terima.

“Kalau kena penyakit berjangkit macam mana?…sebab ia melibatkan air liur. Macam-macam boleh terjadi, sebab itu saya tularkan perkara ini dengan niat apa yang menimpa anak tidak berulang pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Eyma Zaideen memberitahu, susulan itu emosi anak lelakinya yang sebelum ini berpewatakan ceria berubah menjadi tidak stabil selepas bibir mulut digigit dan tarik oleh guru lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah di sini pada Khamis.

Eyma Zaideen berkata, sejak kejadian itu anaknya yang berusia enam tahun dilihat berada dalam keadaan trauma untuk ke sekolah selain sering mengamuk dan hilang selera makan.

“Peringkat awal saya tidak percaya apa yang diberitahu oleh anak ketiga daripada empat beradik itu. Pada Khamis dia pulang dalam keadaan menangis dan memberitahu tidak tahan serta enggan ke sekolah.

“Dia kata, cikgu gigit mulut. Jadi saya terfikir, betulah apa yang diberitahu oleh anak sebelum ini. Selepas itu saya terus ke sekolah untuk mendapatkan kepastian dengan bertanya kepada murid,” ujarnya.

Eyma Zaideen berkata, hasil temubual yang dilakukan ke atas murid-murid lain mendapati kebanyakan mereka mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, pada Ahad lalu terus ke sekolah untuk bersemuka dengan guru besar bagi membincangkan perkara tersebut.

“Saya akan mengambil tindakan susulan ke atas apa yang berlaku terhadap anaknya. Pada masa sama, saya tidak akan memindahkan anaknya ke sekolah lain.

“Namun berharap pihak pentadbiran dapat menukar guru berkenaan yang berusia 40-an tersebut ke tempat lain,” ujarnya.

Sebelum itu tular satu hantaran yang dimuat naik oleh Eyma Zaideen yang mendedahkan bibir anaknya sering digigit oleh seorang guru lelaki.

Hantaran itu menulis :

“Mama Abe Cik tak tahan dah nak gi skull Abe Cik nak tukar skull.. Cikgu selalu gigit bibir Abe Cik pastu dia tarik panjang panjang sakit sangat mama. Dah la gigi cikgu kuning dan mulut hitam Abe Cik geli..Kadang cikgu gigit telinga dan hidung jugak.. harini dia gigit bibir dan hidung(kata abecik slang kelantan yang berumur 6 Tahun).

Utusan Malaysia semalam itu melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan insiden seorang murid trauma ke sekolah akibat sering digigit gurunya seperti yang tular di media sosial.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, kejadian seperti itu sekiranya benar tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya telah mengenal pasti hantaran yang dimuat naik ibu murid terbabit untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya