Gua Periok : Pas Kelantan serah kepada pucuk pimpinan

Gua Periok : Pas Kelantan serah kepada pucuk pimpinan

WAN Roslan Wan Hamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan menyerahkan isu berkait pergolakan melibatkan nama calon bagi pilihan raya negeri (PRN) yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Periok sehingga penyokong ‘nyetok’ dan cabut bendera kepada pucuk pimpinan parti untuk dibincangkan.

Setiausahanya Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya mengambil serius perkara tersebut dan mendengar setiap pandangan yang dikemukakan oleh ahli parti di peringkat akar umbi.

“Kumpulan berkenaan sudah datang berjumpa dan memaklum mengenai pandangan serta hasrat mereka.

“Jadi kita berharap agar penyokong dan pendokong parti dapat mempamerkan sikap disiplin supaya perjalanan menjadi lebih lancar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Pas Gual Periok ini bergolak apabila penyokong parti itu bertindak merajuk atau ‘nyetok’ dengan mencabut bendera sebagai tanda proses apabila nama penyandang kerusi kawasan itu Datuk Mohamad Awang dilaporkan tidak tercalon pada PRN 12 Ogos ini.

Wakilnya Zakaria Omar, 60, berkata, keputusan itu nyata mengecewakan seluruh jentera parti dan rakyat Gua Periok yang mahu wakil rakyat berkenaan terus berkhidmat untuk mereka.

Menurutnya, pengundi di kawasan itu melihat tiada keperluan menukar tokoh berkenaan dengan muka baharu selepas memberikan khidmat cukup cemerlang sepanjang tiga penggal menjadi wakil rakyat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN