SEREMBAN: Skim gaji penjawat awam akan disemak semula selepas mengambil kira tiada sebarang kenaikan diberikan untuk satu tempoh yang lama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kali terakhir gaji penjawat awam yang dianggarkan seramai 1.6 juta dinilai pada 2013 iaitu 10 tahun lalu. Beliau berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed…










