BN mampu pertahan DUN Air Lanas

BN mampu pertahan DUN Air Lanas

NASRUL HADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Calon Barisan Nasional (BN), Nasrul Hadi Kamaruzaman yakin parti itu mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nasrul Hadi berkata, meskipun calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya merampas kerusi Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu namun keputusan itu tidak boleh dijadikan sebagai ukuran.

“Situasi kali ini berbeza dengan PRU15 lalu. Ayer Lanas mempu­nyai 22,000 pengundi dan 58 pe­ratusnya mereka berusia bawah 45 tahun.

“Jadi pada saya, tiada siapa yang boleh isytihar pengundi itu adalah milik mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nasrul Hadi memberitahu, dia tidak tertekan selepas diberikan tanggungjawab untuk bertanding di kawasan berkenaan.

Katanya, dia yakin rakyat akan terus memberi mandat kepada BN berpandukan kepada ‘track record’ cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Sebagai anak tempatan Ayer Lanas, saya akan terus bekerja keras bagi memastikan kemena­ngan menjadi milik BN,” ujarnya.

Pada PRU14 lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bertan­ding atas tiket BN menang dengan majoriti 359 undi menewaskan Pas (Datuk Abdullah Yaakob) dan PKR (Dr. Aminuddin Yaacob). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN