PONTIAN: Pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub merupakan kehilangan besar buat negara kerana beliau disifatkan pemimpin yang gigih memperjuangkan sara hidup rakyat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah malam kelmarin akibat komplikasi pendarahan otak. Terkenal jolokan ‘Menteri Rahmah’, Allahyarham konsisten berjuang membela kebajikan rakyat terutama dalam kalangan B40 dan miskin tegar, malah beliaulah mencetuskan inisiatif Payung Rahmah yang…










