Bekas pemenang Anugerah Kajai 2014 meninggal dunia 

Bekas wartawan Utusan Malaysia, pemenang Anugerah Kajai 2014 meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan Utusan Malaysia yang juga pemenang Anugerah Kajai tahun 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias atau Wanti disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi posting Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sebaran kumpulan Whatsapp media, KLNewsdesk-Intermedia. 

Allahyarhamah sebelum ini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat penyakit radang paru-paru.

Rakannya, Fatihah Zakinan sebelum ini berkata, Wanti sebelum ini tidak mempunyai penjaga dan terpaksa menguruskan kehidupan bersendirian di rumah sewa di Taman Kajang Utama, Kajang.

Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang oleh ahli keluarganya pada Sabtu lalu sebelum disahkan meninggal dunia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN