Beg pakaian disangka berisi bom - Utusan Malaysia

Beg pakaian disangka berisi bom

SEBUAH beg pakaian yang ditinggalkan di hadapan premis perniagaan di Bandar Baru Nilai, Seremban hari ini yang disangka berisi bom telah menggemparkan orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penemuan sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di hadapan premis perniagaan di Bandar Baru Nilai di sini hari ini yang disangka berisi bom telah menggemparkan orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mat Ghani Lateh berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam iaitu seorang wanita pada pukul 1 tengah hari memaklumkan terdapat satu beg pakaian yang mencurigakan telah ditinggalkan di hadapan premis perniagaan tersebut.

“Anggota yang bertugas telah diarahkan untuk ke lokasi bagi menjalankan siasatan. Pasukan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah dipanggil untuk membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mat Ghani berkata, beg yg ditinggalkan telah dimusnahkan mengikut prosedur operasi standard sedia ada dan hasil pemeriksaan mendapati di dalam beg tersebut hanya mengandungi pakaian.

 “Tiada penemuan sebarang bom di dalam beg tersebut dan dipercayai beg itu telah tertinggal kerana tempat kejadian merupakan pusat transit bas ekspres bagi kawasan Nilai.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang  mendatangkan kegusaran,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN