Bayi 39 hari meninggal dunia semasa tidur

Bayi 39 hari meninggal dunia semasa tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang bayi lelaki yang baru berusia 39 hari meninggal dunia semasa sedang tidur di rumahnya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, Jalan Persiaran Raya di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima laporan kematian bayi berkenaan pada pukul 7.20 pagi. 

Katanya, siasatan awal mendapati, bapa bayi berkenaan melihat anaknya tidak sedarkan diri selepas bangun daripada tidur kira-kira pukul 5 pagi.

“Bapa mangsa yang berusia 39 tahun meminta bantuan jiran untuk menghantar anaknya ke Hospital Gua Musang. 

“Semasa tiba di hospital, bayi terbabit diberi rawatan segera dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Choon Foo memberitahu, hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu adalah ‘Pulmonary Hemorrhage’ atau masalah saluran darah pada paru-paru.

Menurutnya, bayi berkenaan yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN