Andrew: Dari Gerakan, PBM kini calon Pas-DHPP - Utusan Malaysia

Andrew: Dari Gerakan, PBM kini calon Pas-DHPP

ANDREW TEOW CHIN SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

Memuatkan artikel berkaitan…

ANDREW TEOW CHIN SIANG mungkin tidak sepopular pemimpin lain dalam arena politik negara. Namun siapa tahu perjalanan politiknya penuh berliku ketika bersama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) empat tahun.

Justeru, ikatan dengan Gerakan tidak kekal apabila beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan angkara krisis dalaman PBM Andrew menyertai pula Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP).

Kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN, Andrew menyuarakan misinya selepas dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Puyu, Pulau Pinang atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Bertanding kali pertama, bagaimana perasaan anda?

Ini adalah permulaannya dan saya berbangga dicalonkan oleh pimpinan tertinggi PN. Fokus saya jika dipilih sebagai wakil rakyat di peringkat negeri adalah ekonomi. Saya meletakkan ‘bahagian’ kecil sahaja dahulu, melainkan saya dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang satu hari nanti.

Tidakkah janggal jadi penyokong Pas?

Saya secara rasmi menyertai DHPP yang menyokong Pas pada Februari lalu. Sejujurnya, saya bangga menjadi ahli menyokong Pas. Ge­rak kerja saya dengan Pas sudah bermula se­jak tahun lalu lagi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Saya dapati budaya politik Pas berbeza daripada apa yang dianggap sebagai melawan orang bukan Islam. Hakikatnya tidak benar. Pemimpin mereka juga memang saling membantu bangsa lain.

Tidakkah lebih janggal apabila anda kini juga dalam PN?

Sebab budaya dan pembawaan mereka berbeza. Tetapi saya enggan mengulas lanjut sebab kurang manis dipandang lebih-lebih lagi Gerakan dan Pas di bawah bumbung yang sama. Namun, saya lebih gemar bergaul de­ngan orang Melayu tetapi tidak juga saya melawan arus masyarakat Tionghoa. Hubungan saya dengan Gerakan juga baik.

Adakah keputusan keluar PBM sebab anda pengikut Datuk Zuraida Kamaruddin?

Tidak, saya tidak memihak kepada sesiapa. Saya keluar PBM sebab ada kucar-kacir di peringkat tertinggi. Ideo­logi dan kepemimpinan mereka juga tidak stabil. Bagaimana mahu bantu rakyat? Demi membantu rakyat, anda perlukan parti yang kuat. Saya letak jawatan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda PBM dan Ketua Pemuda Pulau Pinang pun sebab ma­salah ­dalaman.

Pas didakwa sebagai parti ekstremis, te­tapi anda memilih jalan ini?

Pihak terbabit hanya mem­burukkan nama, ca­rilah fakta. Saya tidak suka sikap bercakap tidak benar dan menyebarkan kebencian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN