PETALING JAYA: Dua jenis vaksin Covid-19 buatan Malaysia yang sedang dibangunkan dijangka berada di pasaran menjelang tahun 2030. Kedua-duanya kini di peringkat fasa pertama ujian praklinikal ke atas haiwan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pada masa ini Malaysia sedang membangunkan dua vaksin Covid-19 di peringkat penemuan vaksin. “Terdapat dua jenis vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan iaitu vaksin berasaskan platform virus ternyahaktif dan vaksin yang berasaskan platform Messenger Asid Ribonukleik (mRNA). “Kajian melibatkan calon vaksin Covid-19 yang berasaskan platform…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya