UMNO terus perjuang nasib pekerja gig - Utusan Malaysia

UMNO terus perjuang nasib pekerja gig

Ahmad Zahid Hamidi bersama Memorandum Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia (SEGM) ketika bertemu dengan sebahagian wakil Persatuan Penghantar, wakil Gabungan E-Hailing Malaysia dan wakil MTUC bersama Sekretariat NGO & Kesatuan Kerja di perkarangan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO  terus memperjuang kebajikan jutaan pekerja gig yang sama-sama membantu negara menjana ekonomi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menerima memorandum wakil pekerja gig yang mahu UMNO  membela nasib mereka.

“Jadi hari ini bukan sekadar hanya hantar memorandum, tetapi ucapkan terima kasih kepada UMNO kerana membawa inisiatif menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia bagi mengawal selia ekosistem industri gig.

“Insya-Allah UMNO akan memperjuangkan industri ekonomi ini di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan  sesi libat urus bersama pihak Pengurusan Operator Pengendali Ekonomi Gig di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid menerusi ucapan dasar berkata, UMNO mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia atau SEGiM bagi mengawal selia ekosistem industri gig dan menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna. 

Menurut beliau, sektor tersebut kian berkembang dengan lebih 1.12 juta pekerja gig telah berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan tambahan pula lebih 80 peratus daripada pengguna ekonomi gig ini adalah terdiri daripada anak muda. 

“Justeru  jangan kita kesampingkan arus evolusi digital yang menguasai pasaran ekonomi internet Malaysia yang telah mencapai transaksi multi billion, sehingga mencecah RM52.4 billion pada tahun 2020. 

“Ekonomi gig dijangka terus berkembang pada kadar 23 peratus setiap tahun. Saya percaya dengan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig, ia akan memberi sinar baharu buat pemain ekonomi gig serta adik-adik Grab, LalaMove, Food Panda di luar sana. Ia juga akan membolehkan kerajaan menstrukturkan sistem percukaian ekonomi gig yang menyaksikan pengaliran besar aliran tunai melalui perkhidmatan ke luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya