UMNO Terengganu lancar Gelombang Biru 2.0

UMNO Terengganu lancar Gelombang Biru 2.0

AHMAD Said (empat, kanan) dan Ahmad Razif Abdul Rahman (lima, kiri) mengibarkan bendera UMNO pada majlis Pelancaran Jentera PRN UMNO Kuala Nerus di Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: UMNO Terengganu akan melancarkan gerakan Gelombang Biru 2.0 untuk merampas semula Terengganu daripada Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Said berkata, gerakan tersebut disemarakkan semula bagi membangkitkan semangat ahli-ahli UMNO untuk bersama-sama berjuang dalam memastikan kemenangan parti itu dalam PRN ini.

Menurutnya, Gelombang Biru yang diperkenalkan kali pertama pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berjaya menyatukan ahli-ahli UMNO seterusnya merampas semula negeri ini daripada Pas.

Katanya, beliau percaya gerakan itu akan dapat mengulangi sejarah tersebut dengan kemenangan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk semula kerajaan negeri pada PRN ini.

“Kita sepakat mengulangi apa yang dilakukan (Gelombang Biru 2.0) dengan memenangi  kembali negeri ini,” katanya selepas majlis Pelancaran Jentera PRN UMNO Kuala Nerus di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad yang juga ADUN Kijal memberitahu, UMNO Terengganu mengarahkan semua bilik gerakan UMNO di seluruh negeri ini dibuka segera sebagai persediaan awal menghadapi PRN tidak lama lagi.

Katanya, pada masa sama, jentera PRN pula akan diperkemaskan di semua peringkat UMNO di negeri ini.

“Insya-Allah, (PRN) kali ini kalau kita mendapat semula 20 peratus pengundi yang penyokong Perikatan Nasional (PN) pada PRUI5 lalu, kita boleh menang,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menambah, setakat ini, UMNO Terengganu masih belum menetapkan tarikh pelancaran rasmi gerakan Gelombang Biru 2.0.

Pada PRU14 lalu, Pas berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu manakala UMNO pula sebanyak 10 kerusi.

Selain Terengganu, terdapat lima negeri lain yang belum mengadakan PRN iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.