UMK tersenarai universiti 501 hingga 600 terbaik Asia

UMK tersenarai universiti 501 hingga 600 terbaik Asia

Universiti Malaysia Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) buat pertama kalinya tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 dengan kedudukan terbaik 501 hingga 600.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, pencapaian itu berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat di THE Summit Asia 2023 di The Chinese University of Hong Kong yang berlangsung semalam.

Menurutnya, kejayaan itu juga berasaskan pencapaian UMK di THE World Universiti Ranking 2023 apabila UMK tersenarai di kedudukan 1201-1500 yang meletakkan UMK sebaris dengan universiti bertaraf dunia.

“THE World University Rankings Asia 2023 menggunakan 13 penunjuk prestasi yang sama seperti THE World University Rankings, tetapi penilaian semula dibuat untuk mencerminkan sifat institusi Asia. 

“Merujuk kepada penarafan tersebut, UMK dinilai berdasarkan lima penanda aras utama iaitu pengajaran (persekitaran pembelajaran), penyelidikan (jumlah pendapatan dan reputasi), kutipan (pengaruh penyelidikan), pendapatan industri (pemindahan pengetahuan) dan hubungan antarabangsa (kakitangan, pelajar dan penyelidikan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razli memberitahu, kejayaan itu menunjukkan komitmen UMK dalam menyediakan pendidikan bertaraf dunia, memupuk persekitaran pembelajaran yang dinamik dan inklusif di samping usaha yang berterusan dalam penyelidikan selain inovasi.

Tambahnya, selain dedikasi dan kerja keras pensyarah, kakitangan, dan pelajar universiti, penarafan itu turut menekankan sokongan selain kerjasama kukuh daripada pelbagai pihak berkepentingan serta komuniti setempat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya