Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan

KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan mengorbankan tiga mangsa, manakala lima yang lain cedera di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Tiga maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, petang tadi.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Shukor, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan berkenaan menerusi talian MERS 999 pada pukul 3.42 petang.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah Toyota Corolla Altis dan Toyota Hilux.

“Kemalangan melibatkan lapan mangsa dengan tiga daripadanya yang berada dalam Toyota Corolla Altis disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima lagi mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang meninggal dunia, iaitu seorang lelaki dan dua wanita diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berhampiran,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sebuah jentera  dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dikejar ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Toyota Corolla Altis dan turut memberikan rawatan awal kepada mangsa yang lain.

Punca nahas masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada pukul 6.24 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.