Tempoh reman suspek tetak ibu dilanjutkan - Utusan Malaysia

Tempoh reman suspek tetak ibu dilanjutkan

TEMPOH tahanan reman terhadap seorang lelaki yang disyaki membunuh ibunya dilanjutkan hingga 1 Julai 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Mahkamah Majistret Muar hari ini membenarkan tempoh tahanan reman suspek membunuh ibunya di Taman Temiang Utama, Ahad lalu dilanjutkan hingga 1 Julai ini.

Majistret, Nurfarah Syahidah Mohd. Noh membenarkan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 47 tahun itu dilanjutkan bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, tempoh reman selama tujuh hari ke atas suspek bermula 19 Jun lalu berakhir hari ini.

Pihaknya memohon lanjutan tempoh reman untuk melengkapkan siasatan sebelum merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, suspek disyaki membunuh ibunya berusia 73 tahun dengan menetak kepala wanita itu beberapa kali menggunakan kapak.

Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur suspek kerana membuat bising menyebabkannya hilang pertimbangan dan menetak kepala mangsa menggunakan kapak.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod psikiatri lampau dan pernah menjalani beberapa rawatan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN